Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Tugasan


Tugasan

Teknik Menaip )
Mari Menaip

a. Lancar MS Word.
b. Gunakan jari yang betul untuk menaip abjad ini.
       --sdfa            --afds              --;klj              --k;lj
       --sasa           --saad             --jaja             --lala
       --dada           --fasa              --kala            --jala
c.Simpan hasil kerja kamu dengan bantuan guru.
d.Pralihat cetak sebelum mencetak hasil kerja tersebut.


( MS Word )
Mari kita taip petikan tentang kepentingan tempat 
perlindungan haiwan. Kita akan belajar menukar 
warna fon pada petikan ini.
a. Lancar MS Word.
b. Guna fon Century Gothic untuk menaip petikan 
    di bawah.

Haiwan memerlukan tempat perlindungan. 
Tempat  perlindungan ini membolehkan 
haiwan berteduh daripada hujan dan 
panas matahari. Haiwan juda dapat 
melindungi diri daripada musuh di tempat 
perlindungannya.

c.Klik dua kali pada perkataan yang dipilih .
d.Pilih Format untuk menukar warna fon.
e.Kotak dialog fon akan terpapar. Pilih warna fon 
   yang sesuai.
f. Tukar warna perkataan mengikut warna yang 
   ditunjukkan.
g. Simpan hasil kerja kamu dalam folder.
h. Pralihat cetak sebelum mencetak hasil kerja 
    tersebut.


( MS Power Point )
Mari kita menghasilkan Buku Skrap Digital tentang 
cara haiwan bergerak dengan menggunakan 
perisian yang sesuai.

a.Bina  folder dalam My Documents untuk 
   menyimpan imej
b.Lancar pelayar web Internet Exployer, dan 
   guna enjin carian untuk mencari imej yang 
   sesuai.
c.Taipkan perkataan “burung terbang” di 
   dalam kotak carian dan klik butang Search.
d.Pilih imej dan simpan dalam folder yang 
   dibina.
e.Bina satu Buku Skrap Digital kamu 
   menggunakan perisian yang sesuai.
f. Gunakan kemahiran yang telah dipelajari 
   untuk menambah baik Buku Skrap Digital 
   dengan memasukkan jadual, imej dan audio. 
   Capai imej yang kamu simpan dalam folder.
g.Sisip imej dalam Buku Skrap Digital kamu. 
   Klik pada imej dan jangan lepaskan.
   Kemudian seret imej pada ruang yang 
   kamu kehendaki.
h. Simpan Buku Skrap Digital kamu dalam 
    folder.
i. Untuk mengedit Buku Skrap Digital , 
   letakkan kursor pada nama folder kamu. 
   Klik kanan dan pilih Open.
j. Pilih slaid yang hendak diedit.
k.Gunakan kemahiran yang telah dipelajari 
   untuk menambah imej, teks atau mengubah
   transisi slaid ketika mengedit fail kamu.
l. Simpan Buku Skrap Digital kamu dalam 
   folder.
m. Paparkan Buku Skrap Digital kamu 
     kepada rakan sekelas.



( MS Word )
Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.

a. Dapatkan bacaan berat dan tinggi daripada guru  

    sains kamu .
b. Dapatkan saiz kasut daripada rakan kamu.
c. Bina jadual yang berikut dengan menggunakan 
    kemahiran membina jadual. Sisipkan imej kasut 
    di dalam lajur  “ SAIZ KASUT ” . Imej boleh
    didapati daripada Clip Art atau layari laman web   
d. Cetak dan tampalkan hasil kerja kamu di dalam 
    ruang yang disediakan. 

               
                                                 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Cuteki cute